Program pengsiswazahan guru sekolah rendah
Peningkatan beban tugas guru di sekolah akan menyebabkan tekanan kepada guru-guru yang mengikuti PPG kerana mereka masih lagi berkhidmat di sekolah semasa meneruskan pengajian ijazah pertama mereka. Tekanan kerja yang berpanjangan juga dilihat dapat menyebabkan burnout , kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan yang renggang antara pelajar dan guru, motivasi guru yang berkurangan dan kurangnya keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat pendidikan.
Hal ini sudah semestinya akan mempengaruhi komitmen untuk meneruskan pengajian dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru PPG kerana guru-guru ini masih berkhidmat di sekolah semasa melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru IPG.
Berdasarkan Arkoff , terdapat beberapa faktor yang mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajar dalam meneruskan pengajian di universiti iaitu pencapaian akademik yang lepas sebelum memasuki universiti , faktor keupayaan atau IQ, faktor motivasi, faktor personaliti, dan faktor pembelajaran dan pengajaran. Zhang dan Stephen mendapati bahawa punca pelajar-pelajar tidak meneruskan pengajian adalah disebabkan tiga faktor utama iaitu ketidakupayaan untuk mengendalikan tekanan, kurang komitmen, dan tidak dapat menyesuaikan diri.
Shield pula dalam kajiannya mendapati bahawa punca majoriti pelajar dewasa tidak meneruskan pengajian mereka adalah berkaitan dengan kesukaran mengendalikan tekanan dalam pendidikan tinggi selain daripada tuntutan lain dalam kehidupan mereka. Kegagalan guru-guru ini menamatkan pengajian mereka dalam PPG akan membawa kerugian kepada negara disebabkan perbelanjaan yang banyak telah dikeluarkan untuk memberi tajaan kepada pelajar PPG ini. PPG bukan sahaja mampu menyediakan lebih peluang pengajian kepada guru-guru yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah malahan dapat membantu negara melahirkan guru-guru berijazah bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Bagi memastikan komitmen untuk meneruskan pengajian berada di tahap yang tinggi, guru-guru ini mestilah bijak dalam aspek pengurusan dan mengetahui untuk mendahulukan keutamaan bagi memastikan segala apa yang dicitakan tercapai tanpa mengabaikan kepentingan-kepentingan lain. Guru-guru yang mengikuti PPG sudah maklum dengan tuntutan dan tanggungjawab yang harus dihadapi sepanjang pengajian.
Komitmen yang harus diberikan amat besar jika mereka benar-benar ingin berjaya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja dan tahap komitmen untuk meneruskan pengajian dalam kalangan guru yang mengikuti PPG di Perlis. Selain itu, kajian ini juga akan mengukur hubungan antara tekanan kerja dan komitmen untuk meneruskan pengajian dalam PPG di Perlis.
Objektif kajian. Soalan Kajian. Tempat dan Sampel Kajian. Kajian ini disertai oleh orang guru yang sedang mengikuti PPG di Perlis dari sesi kemasukan Jun , Februari dan Februari Responden kajian telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Majoriti responden adalah perempuan iaitu seramai 89 orang. Seramai 72 orang guru berumur antara 36 hingga 45 tahun, 49 orang mempunyai pengalaman mengajar antara 11 hingga 15 tahun dalam bidang perguruan dan orang guru telah berkahwin.
Majoriti guru mempunyai kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia iaitu seramai 94 orang. Seramai 44 orang guru dari program pengajian Pendidikan Jasmani dan orang guru mendapat purata matagred terkumpul PMGT terkini antara 3.
Instrumen Kajian. Soal selidik kajian terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama mengukur konstruk tekanan kerja. Item-item dalam bahagian ini diterjemahkan dan diubahsuai oleh daripada Teacher Stress Inventory TSI yang dibangunkan oleh Fimian Bahagian kedua mengukur konstruk komitmen untuk meneruskan pengajian. Item-item dalam bahagian ini dibina sendiri oleh penyelidik. Terdapat 10 item yang diikuti dengan lima skala berdasarkan Skala iaitu daripada 1 yang mewakili Sangat Tidak Setuju hingga 5 bagi Sangat Setuju.
Bahagian ketiga pula merupakan bahagian maklumat demografi yang mengandungi sembilan item iaitu jantina, umur, keturunan, pengalaman mengajar, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, sesi kemasukan, program pengajian dan PMGT terkini. Analisis data. Statistik deskriptif telah digunakan bagi menerangkan ciri-ciri demografi responden dan menjawab persoalan kajian pertama, dan kedua manakala statistik inferens iaitu analisis kolerasi Pearson pula digunakan bagi menjawab persoalan kajian ketiga.
Dapatan Kajian dan Perbincangan. Tahap Tekanan Kerja. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja bagi kebanyakan guru yang mengikuti PPG di Perlis masih lagi tidak membimbangkan. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Abouserie , Nurul Izzah, Zailina, Saidi dan Haslinda , Fazura dan Raja Maria yang menunjukkan tahap tekanan kerja bagi guru-guru yang dikaji berada pada tahap yang sederhana.
Tahap tekanan kerja yang sederhana dalam kalangan guru-guru yang mengikuti PPG disebabkan kebanyakan guru ini mungkin mempunyai strategi menangani tekanan kerja yang baik. Tahap tekanan kerja yang sederhana dalam kalangan guru yang mengikuti PPG di Perlis juga adalah disebabkan berkemungkinan guru-guru ini dapat mengawal tekanan kerja yang dihadapi.
Ini menyebabkan guru-guru ini tidak menunjukkan kesan-kesan dan simptom-simptom tekanan kerja yang begitu ketara seperti yang diterangkan oleh model tekanan kerja guru Kyriacou dan Sutcliffe dan model GAS oleh Selye Tahap tekanan kerja yang sederhana dalam kalangan guru-guru ini disebabkan kemungkinan masalah disiplin dan salah laku pelajar di sekolah masing-masing adalah tidak membimbangkan dan dapat dikawal dengan baik.
Oleh itu,tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru tidak berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Mohamad Abdillah dan Woo Sew Fun yang mendapati bahawa karenah pelajar memberikan tekanan kerja yang sederhana kepada guru. Tahap Komitmen Untuk Meneruskan Pengajian. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru ini mempunyai semangat yang tinggi untuk terus menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Hasil kajian ini selari dengan kajian Khairul Anwar et.
Komitmen untuk meneruskan pengajian dalam kalangan guru yang mengikuti PPG berada pada tahap yang tinggi disebabkan guru-guru ini mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik.
Ini dibuktikan dengan pencapaian guru-guru ini melalui PMGT terkini yang majoriti guru-guru mendapat antara 3. Ini selari dengan dapatan kajian Kwai yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan ke atas komitmen untuk meneruskan pengajian. Komitmen untuk meneruskan pengajian dalam kalangan guru yang mengikuti PPG berada pada tahap yang tinggi disebabkan berkemungkinan tahap efikasi kendiri yang tinggi dalam kalangan guru ini.
Guru-guru yang lebih yakin dan lebih percaya mengenai kebolehan mereka dalam melaksanakan tugasan-tugasan akademik di dalam PPG akan lebih komited dan mempunyai komitmen yang sepenuhnya terhadap pengajian mereka Landry, ; Wright, Jenkins-Guarneri dan Murdock, Tahap komitmen untuk meneruskan pengajian yang tinggi dalam kalangan guru PPG juga disebabkan guru-guru ini mungkin berjaya menyesuaikan diri mereka sacara sosial dan akademik dalam PPG.
Berdasarkan Tinto , pelajar yang berjaya melaksanakan proses intergrasi dalam sistem akademik dan sosial akan menentukan komitmen pelajar tersebut terhadap institusi dan jangka hayat pelajar dalam institusi tersebut. Hal ini mungkin disebabkan tekanan kerja dilihat bukanlah sebagai satu cabaran bagi guru-guru ini dalam meneruskan pengajian mereka dalam PPG. Walaupun guru-guru ini mengalami tekanan kerja namun mereka menganggap tekanan kerja bukanlah satu ancaman bagi membolehkan mereka untuk berhenti dalam PPG.
Walaupun tahap tekanan kerja guru-guru dalam PPG di Perlis berada pada tahap yang sederhana namun langkah berjaga-jaga haruslah diambil bagi memastikan tekanan kerja guru ini tidak akan terus meningkat dan akhirnya membawa kesan negatif bukan sahaja kepada pekerjaan malah turut menjejaskan pengajian mereka.
Dapatan kajian juga mendapati komitmen untuk meneruskan pengajian bagi guru-guru PPG di Perlis adalah berada pada tahap yang tinggi. Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Calon hanya perlu membayar RM Peperiksaan boleh diambil sebelum tamat tempoh pengajian.
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir. Tarikh akhir BPG membuat semakan borang permohonan. Tarikh akhir JPN membuat pengesahan dan sokongan.
Semakan pemilihan calon PGSR untuk ditawar kursus. Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web. Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia Catatan : Sila ambil maklum dan cetak kalendar aktiviti ini untuk simpan dan rujukan anda. Dicatat oleh Admin : Salikin Bin M. URL Okey gak nih Kira ok gak blog nih.. Visitors Counter widgeo. Posted by dheeya at AM 0 comments. Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. Posted by dheeya at PM 0 comments. PGSR Sem 3 dah Boleh tahan gak dia punya syllabus. Sem 1 dulu boleh gak nak huray-huray skit.. Masuk aje sem 2, ada sikit fening.. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga guru.. Posted by dheeya at AM 4 comments. Info skit
0コメント